Mutiara Kata

mutiara putih 1
Berkenalanlah dengan Allah waktu engkau senang
nescaya Allah akan kenal engkau di waktu susah

mutiara putih 2
Orang yang banyak ketawa itu agak kurang wibawanya
orang yang suka menghina,penghinaan juga pembalasannya
orang yang mengingati akhirat,dunia pasti menyertainya
menjaga hubungan sesama manusia nescaya bahagia hidupnya

mutiara putih 3
sebelum kita mengeluh tentang harta yang kita miliki
ingatlah itu semua hanya sementara

sebelum kita mengeluh kita miskin
bersyukurlah kita miskin harta jangan miskin agama

disaat kita sedang bergembira dan ketawa
bersyukurlah bahawa kita masih hidup dan dikelilingi insan-insan tercinta

Lama ku tinggalkan

salam.selamat tahun baru 2011! tak pe kan wish lewat sikit. lama ku tinggalkan? hehe!! tinggalkan blog seketika sebenarnya. mood nak berblogging kureng sikit..dgn blog yang kucar kacir seketika..dengan tak sihat..alergik teruk..cik kerang punya hal muka bengkak dgn bibir ala-ala angelina jolie..skrg baru nak berblogging semula. tahun 2011 ni hopefully bertambah lah lagi kengkawan. anyway,wish all of you good luck..semoga azam tahun baru lebih dari 2010. moga yang lebih baik akan terjadi di 2011 dan semestinya umur ku pun bertambah jua...ngeeee!! :)

Suka Sukey:Randy Pangalila & Nia Ramadhani


Randy Pangalila..minat cinta kirana punye hal..dah last episode isnin nih...tak bleh missed!!

Nia Ramadhani..cumel sangat.dia dah kawin ngan bakrie.so,cinta kirana & galang hanya omong kosong..hihihi!! 

2011

salam semua.2011 just around.macm mane? azam 2010 dah clear ke belum.dee macam biasa ade yang dah ade yang belum. tahun baru ni banyak azam nak buat..tapi tak tau bleh ke tak. yang pasti 2011 ni tahun yang penuh dengan kesibukan. along dah start masuk tadika.pagi-pagi kena masak sarapan untuk along yang sememangnya kuat makan. tengah hari ambil dari tadika hantar ke rumah pengasuh. petang jam 5 amik along ngan adik. balik rumah!! macm biasa jadi lipas kudung..nak masak,basuh kain,kemas rumah,blogging..heheehe!! tak tinggal kan.. (plan penting setiap hari).hujung minggu baru relaks sikit coz hubby ade kat rumah..bleh dia layan anak-anak. iiiii...mcm biasa,lagilah sibuk sebab kena masak lebih. hari biasa nasi goreng..mee goreng pun jadi. so,sama-samalah kita sambut 2011 dengan penuh sederhana dan azam baru...aminnnn....selamat tahun baru..tak pe kan wish awal-awal. daaa...mmmuahh!

Jom Makan

hai..dee nak kongsi resepi favourite. resepi simple untuk org malas masak.hehehe!

Ayam Goreng Berempah
Sedap makan dengan nasi panas.

Bahan A
-4 ketul paha ayam @ ikut suka nak bahagian mana
-1 biji telur
-1 sudu makan serbuk kunyit
-garam dan gula
-minyak masak

Bahan B (dikisar)
-4 biji bawang merah
-2 ulas bawang putih
-2 sudu teh ketumbar
-2 sudu teh jintan manis
-1 sudu teh lada hitam
-7 tangkai cili kering(rendam air panas)
cara membuat:-gaul ayam dengan bahan yang dikisar.masukkan garam,gula,serbuk kunyit dan telur. gaul sebati.-perap ayam selama setengan jam.-goreng & makan panas-panas


sambal bilis lada hijau
sedap nih..pedas & memang terangkat.

Bahan-bahan
-ikan bilis
-bawang besar (dihiris )
-cili padi ( anggaran 20 tangkai )
-bawang putih ( 3 ulas )
-gula
-garam
-minyak untuk menumis
cara membuat:ikan bilis digoreng,angkat dan toskan.blender cili padi dan bawang putih (terpulang nak blend kasar @ halus). tumis lada blender sampai masak & naik minyak. penting kalau tidak nanti tak sedap. minyak agak-agak lah klu kurang bleh tambah.masukkan garam sikit je sebab ikan bilis dah masin.masukkan gula ikut suka hati (jangan manis nanti tak sedap).dah naik minyak masukkan bawang besar yang dihiris.gaul sampai bawang layu.kemudianmasukkan ikan bilis.gaul dalam 5 minit dan boleh makan dah...

Petola Tumis Air

Bahan A
-1 biji petola (belah 2 dan potong serong)
-1 mangkuk air
-1 peket suhun dan fucuk (rendam sampai kembang)
-kentang 2 biji (saiz iku suka)
-garam
-minyak masak

Bahan B (ditumbuk)
-3 biji bawang merah
-2 ulas bawang putih
-2 sudu makan ikan bilis

cara membuat:tumis bahan B hingga naik bau.masukkan air dan kentang.biar kentang lembut.bila mendidih tambah garam.masukkan petola,suhun dan fucuk.kacau dan biar sekejap.tutup api dan bleh makan.

semua resepi kat atas ni kalau dimakan bersama memang besh!! nasi pulak panas-panas..kalau rasa nak mencuba,silalah.klu rupa tak sama dengan resepi tak pe. insyaallah jadi...

Kereta Ku!!

ahah...keretaku.bunyi mcm besh jew kan. bukan keretaku sebenarnya, kereta idamanku dari dulu sampai skrg. banyak sebenarnya yang kuidamkan, tak salahkan..ngee!!
suzuki swift...comel sangat.


honda jazz..best nye klu dapat.
pernah bawak dua jenis keta ni..tapi klu nak beli rasanya sampai pencen pun tak larat nak maintain..huhu!! tapi memang best.sesuai untuk perempuan. comel & cute!!

Jom Kongsi Ilmu:501 Persoalan Fikah Wanita

salam..entri kali ni dee nak kongsi dengan kawan-kawan hasil dari buku yang dee baca bertajuk 501 persoalan fikah wanita. hasil tulisan zawiah hassan & rohayati bakri. walaupun tak semua dee masukkan didalam entri kali ni, tapi dee harap kita dapat menambah ilmu kita.


Hutang & Gadaian

** bolehkan seseorang wanita islam berhutang dgn org bukan islam?**
-boleh dan ia diharuskan. Kaedah yang sama seperti meminjam dengan orang islam,perlu ada perjanjian dan sebagainya.

**adakah wajib seorang wanita meminta izin dari suaminya sekiranya dia hendak menggadai barang kemasnya?**
-tidak wajib,tetapi sebaiknya meminta izin atau sekurangnya memberitahu untuk pengetahuan suami sekiranya berlaku sesuatu di masa hadapan.

Wuduk
**apakah anggota yang wajib dibasuh semasa berwuduk?**
1. muka 2. kedua tangan hingga siku 3. sebahagian kepala 4. kedua kaki hingga buku lali
-beberapa perkara sunat semasa berwuduk adalah membasuh tangan sehingga pergelangan tangan,berkumur,memasukkan air ke hidung,mengeluarkannya dari hidung dan membasuh telinga.

**aisyah baru selesai menyapu kepala semasa berwuduk. kemudian di berhenti kerana menyambut panggilan telefon.adakah dia wajib mengulangi wuduknya atau boleh menyambung terus menyapu dua telinganya hingga akhir wuduk?**
-tidak wajib mengulangi wuduknya,memadai dia terus menyambung wuduknya yang belum selesai.

**adakah batal wuduk sekiranya seorang ibu terkena atau terpegang air kencing anaknya atau najis yang lain?**
-tidak batal wuduknya. dia hanya perlu membasuh tangannya bagi menghilangkan najis.

**adakah batal wuduk seseorang jika keluar darah dari hidungnya?**
-tidak batal kerana keluar darah dari hidung tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk

**rumah-rumah yang dibina oleh pemaju sekarang biasanya terdapat bilik mandi dilengkapi tandas.apakah saya boleh berwuduk di bilik tersebut dan bolehkah saya menyebut nama ALLAH ketika berwuduk di situ?**
-boleh tetapi makruh

**mengambil wuduk dengan menggunakan air yang terjemur adalah makruh. bolehkah saya mengambil wuduk atau mandi wajib dengan menggunakan air panas atau suam(dari pemanas air)?**
-boleh kerana air tersebut bukanlah terdedah (tudak terjemur matahari)

**bolehkah saya mengambil wuduk dengan mencelup anggota wuduk ke dalam air kolah?**
-boleh dengan syarat air kolah itu mencukupi 2 qullah

**bagaimana cara bagi  mengambil wuduk dengan menggunakan air yang sedikit seperti menggunakan satu gayung air sahaja?**
1. niat tangan sendiri sebagai gayung 2. basuh anggota wuduk sekali sahaja(sekiranya dikhuatiri tidak cukup air). pastikan basuhan pertama meratai had-had anggota wuduk